Friday, January 9, 2015

Program Tahfiz Sambilan (Hujung Minggu)

PENDAFTARAN PROGRAM TAHFIZ SAMBILAN KINI DIBUKA
Mahukah tuan puan kalau melatih anak tuan puan hafazan Al Quran secara sambilan di hujung minggu? Mahu hantar anak ke sekolah tahfiz tapi tiada pakej yang ditawarkan secara separuh masa? 
Daftarkan anak anda ke Program Tahfiz Sambilan yang diadakan seminggu sekali dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. 

Program ini akan diadakan 3 kali sebulan pada Sabtu minggu pertama hingga minggu ketiga. Program ini akan diadakan di Masjid Nurul Hidayah, Seri Manjung.


Jadual Lengkap Program 

9.00 pagi     Perhimpunan Pagi/ Taklimat Ringkas/Bergerak ke Dewan Pengajian
9.05 pagi     Pelajar Membaca Al Fatihah dan Doa Penerang Hati
9.10 pagi     Pelajar Membaca Surah Al Waqiah
9.15 pagi     Kelas Pengajian Sesi 1 Dimulakan
10.15 pagi   Pelajar Rehat dan Solat Dhuha
10.30 pagi   Kelas Pengajian sesi 2 Dimulakan
12.00 tgh     Tazkirah/Kelas Tajwid/ Kelas Tafsir ( Giliran setiap minggu)
12.30 tgh     Pelajar Bersurai

Anak anda akan dilatih menghafal dari juzuk amma, 10 surah pilihan dan boleh diteruskan sehingga menghafal 30 Juzuk Al Quran. Kelas akan bermula Januari ini.


Sinari hujung minggu anak anda dengan Al Quran agar berjaya di dunia dan akhirat. Daftar sekarang.



No comments:

Post a Comment